BAGAIMANA AJAR ANAK MENULIS..TIPS YANG IBU BAPA BOLEH BUAT DI RUMAH



Hari ni aku terbaca keluhan Kakak Ipar @ Cikgu Za

"Macam mana k.za nak buat ni.Ada anak2 di kelas sendiri masih belum mampu menulis huruf dengan betul.Sayunya rasa hati bila melihat wajah anak2 syurga ini.Macamana nak mengharungi hari - hari mendatang tanpa ilmu di dada.Hidup di dlm dunia masing - masing.Seratus peratus hanya mengharap kepada guru yang masuk ke kelas.Persediaan ke kelas tiada langsung.Kadang2 hati menangis sendiri mengenangkan apa lagi yang boleh dibuat untuk membantu anak- anak ini.Wahai Allah,bantu aku Ya Allah. "

so aku try la googgle beberapa panduan @ petua @ pengalaman yang boleh aku kongsikan..

Aktiviti menulis perlu dilatih sejak anak-anak di rumah lagi…Ini bagi mengelakkan mereka ketinggalan apabila masuk ke tadika mahupun sekolah…Cara memegang pensel yang ebtul perlu dilatih dan bentuk-bentuk huruf perlu ditunjukkan terlebih dahulu….Jadi, mommies dan ayah harus berusaha lebih bagi membolehkan anak-anak menulis tangan dengan cara yang betul…Di sini, saya nak kongsikan cara mengajar anak menulis melalui aktiviti permainan…Aktiviti tidak formal ini tentu lebih menyeronokkan…

1.MELUKIS


Mommies dan ayah boleh biarkan anak-anak untuk melukis dan melakar apa sahaja gambar yang terlintas di fikiran mereka….elakkan menegur lukisan mereka tidak cantik dan tidak kemas….Sebaiknya guna perkataan yang lebih indah didengar seperti…”lukisan adik akan jadi lebih cantik jika adik buat begini”…..

Aktiviti melukis boleh merangsang pergerakan motor halus si manja….Ia membantu si manja mendapatkan genggaman dan posisi siku dan lengan yang bersesuaian…melukis boleh menggalakkan si manja membentuk lengkungan dan garisan  yang akan digunakan semasa aktiviti menulis tangan kelak….


2. MEWARNA


Aktiviti mewarna boleh merangsang pergerakan motor halus dan genggaman tangan si manja…Apabila mereka memegang pensel warna dengan kaedah yang betul, mereka pasti dapat mewarna dengan hasil yang kemas dan cantik….Mommeis dan ayah boleh tunjukkan mereka cara mewarna menggunakan teknik yang betul….APabila lukisan mereka diwarnakan dengan cantikd an kemas, tentu mereka gembira….

Berikan si manja buku mewarna yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz….Elakkan mereka daripada mewarna dengan sembarangan…Seeloknya tunjukkan rumput berwarna hijau, langit berwarna biru dan sebagainya…Selain dapat belajar mewarna, mereka juga dapat mengenal warna dengan betul….


3. BERMAIN CAT AIR



Aktiviti mewarna dengan cat air akan melatih koordinasi mata dan tangan si manja….Sifat cat air yang lembut dan cair dapat melatih si manja mengawal pergerakan tangan agar cat tersebut tidak merebak ke kawasan lain…Ini dapat melatih si manja dengan sifat hati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan…


4. BERMAIN DOH



Si manja sememangnya menggemari permainan doh kerana sifatnya yang lembut…Koordinasi mata dan tangan amat penting bagi menghasilkan bentuk yang elok…Namun, perlu diingatkan supaya mommies dan ayah menggunakan doh yang bebas bahan kimia adar tidak merbahaya untuk si manja….


5. BERMAIN MANIK



Bermain manik sangat disukai oleh si manja kerana warnanya yang menarik…Ia melibatkan penggunaan mata dan tangan kerana keadaannya yang kecil….Mommies dan ayah boleh minta mereka membentukkan sekuntum bunga daripada manik-manik tersebut…Pastikan mommies dan ayah sentiasa memerhatikan pergerakan mereka….Elakkan mereka memasukkan manik tersebut ke dalam mulut…Pilih saiz manik yang besar dan bukannya yang halus….


6. BERMAIN DENGAN PENYEPIT



Minta mereka mengasingkan manik yang berwarna biru, merah dan hijau dan masukkan ke dalam bakul yang telah disediakan…Semasa aktivititi ini, pastikan mereka menggunakan penyepit agar dapat melatih genggaman tangan yang betul….


7. BERMAIN PUPPET



Lazimnya bermain puppet meminta si manja untuk memasukkan jari-jemari mereka ke dalam sarung tersebut, kemudian menggerakkan mulut puppet tersebut sambil bercakap-cakap…Ia seronok dimainkan jika mempunyai banyak jenis puppet dan mempunyai ramai kawan….Jadi, intonasi suara boleh dipelbagaikan….Aktiviti ini bukan sahaja melatih pergerakan jari tetapi menjana idea-idea baru si manja…Ia melatih si manja menyusun kosa kata yang betul…


Inilah tips-tips yang boleh mommies dan ayah lakukan di rumah bagi melatih si manja dengan aktiviti menulis….Tulisan tangan yang cantik dan kemas memang menjadi idaman hati setiap insan….Lagi-lagi mommies dan ayah bukan?? sentiasa inginkan tulisan anak cantik dan kemas……Tetapi katanya, tulisan yang kemas dan cantik ni bergantung kepada keturunan…betul ke??….

Selamat beramal!!!

Klik share untuk manfaat bersama…

Comments