BAGAIMANA UNTUK HILANGKAN PARUT DI WAJAH?

Siapa yang suka dengan parut di wajah akibat daripada ketumbuhan jerawat bukan? Pada asasnya lebih mudah untuk kita menyingkirkan jerawat daripada menghapuskan parut.

Ada beberapa perkara yang anda harus elakkan untuk hapuskan parut seperti tidak berada di bawah sinaran matahari terlalu lama dan sebagainya.

Jadi apa yang anda harus lakukan untuk merawat parut di wajah?Ayuh ikuti tips semulajadi untuk merawat parut.


Gunakan Buah Lemon







Buah Lemon merupakan pembersih muka secara semulajadi dimana kandungan Vitamin C didalam buah tersebut membantu wajah anda menghasilkan kolagen .

Caranya:

Perahkan jus lemon segar dan sapukan jus tersebut terus ke muka anda menggunakan hujung jari ataupun bebola kapas.

Jika anda mempunya kulit yang sensitif, campurkan jus lemon bersama air mawar dan sapukan pada parut di muka anda.

Anda juga boleh campurkan jus lemon bersama 2 sudu besar minyak Vitamin E dan terus sapu pada wajah anda. Vitamin E mempunyai antioksidan dimana ia bukan sahaja melindung malah menambahbaik tekstur kulit anda.

Kentang Mentah



Kentang mentah mampu megurangkan parut di wajah dari masa ke semasa.

Caranya:

Potong kentang dalam hirisan bulat dan sapukan kentang tersebut ke selueuh wajah anda. Ulang sehingga kentang tersebut sudah kering.

Selepas itu, biarkan wajah anda berehat seketika agar jus dari kentang tersebut meresap ke dalam kulit anda.

Bilas wajah anda dengan air dan sapukan pelembap muka yang bersesuaian dengan kulit anda.

Lakukan kaedah menggunakan kentang ini 3-4 kali seminggu bergantung pada keadaan parut anda.

Kulit Kayu Manis


Tumbukkan beberapa batang kayu manis menjadi serbuk. Letakkan sedikit air sehingga ia menjadi pes dan sapukan ke wajah anda.


Tomato



Buah tomato yang sudah masah dan merah boleh menghilangkan parut wajah anda.

Caranya:

Potong buah tomato tersebut dalam bentuk kepingan.

Hancurkan buah tomato tersebut sehingga sarinya terkeluar.

Sapukan sari tersebut pada wajah anda dan biarkan ia selama 15-20 minit.

Bersihkan wajah anda menggunakan air.

Lakukan langkah tersebut setiap hari untuk 1-2 minggu.

Kesimpulan

Langkah di atas sememangnya dapat membantu anda merawat parut dengan semulajadi. Ia bergantung kepada keadaan parut di wajah anda.

Apa yang penting anda harus bersabar dalam setiap perkara.


Apa Kata Pakar G By Gojes 








Sapu je Treatment Gel ni, cikpuan. Gel yang ringan ini menyejukkan dan melegakan rengsaan disebabkan jerawat. Bom-bom di muka tu pun cepat kecut. Tak mengeringkan kulit, tak ada gelupas dan pedih. Kenapa? Sebab ada aloe vera yang melembapkan dan propolis yang boleh protect dari jangkitan bakteria. 


Comments

  1. hi, bw here.. pasang cbox ya! bisa tengok tutorial ni: http://www.giftasblog.co.vu/2015/05/pasang-cbox-di-blog.html

    itu dari blog saya... blog saya berisi tutorial hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment